




Assalamualaikum,
Salam perkenalan di alam siber.
Saya Nor Amirah Arfah binti Amir, umur 11 tahun. Asal dari Terengganu. Dulu saya belajar di sekolah Al-Amin, Kerteh. Sekarang terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang sangat disayangi dan dengan suasana kehidupan di tanah air tercinta. Demi untuk kehidupan yang lebih baik sama ada dunia dan akhirat, insyaALLAH.
Untuk pengetahuan semua, saya mula menjejaki kaki di bumi Qatar ini pada 13 April 2009, lebih kurang pukul 6 pagi waktu Qatar. Papa yang telah datang dahulu telah menunggu ketibaan saya dan keluarga. Papa bawa kami pulang ke rumah yang telah disediakan oleh pihak syarikat, iaitu RasGas. Kami tinggal di komuniti Al-Haya. Terasa banyak perbezaan antara kehidupan di bumi Malaysia dan bumi Qatar ini. Tapi saya amat menyukai suasana kehidupan di sini.
Rekabentuk bangunan di sini memang cantik, dan masih banyak yang dalam pembinaan. Saya amat terpegun dengan keindahan yang ada di sini. Di hari pertama lagi, papa telah membawa kami pergi bersiar-siar di sekitar Doha. Pusat membeli-belah pertama yang kami kunjungi ialah RAWNAQ. Kemudian kami telah pergi ke LULU Hypermarket untuk membeli barangan keperluan harian. Untuk hari pertama, mama tidak memasak kerana keletihan, setelah mengharungi perjalanan yang agak jauh dari Kerteh ke Kuantan, kuantan ke KLIA, KLIA ke Doha yang telah mengambil masa selama hampir 26jam keseluruhannya dari masa perjalanan dan menunggu. Jadi papa membeli nasi bukhara untuk makan tengah hari dan malam kami sekeluarga. Papa hanya membeli 3 bungkus untuk makan tengah hari dan 3 bungkus untuk makan malam. Sebungkus nasi, memang banyak dan tidak habis kalau dimakan seorang.
Entah, saya lupa tarikh papa bawa kami ke hospital untuk membuat pemeriksaan kumpulan darah. Takut juga pada mulanya. Tapi al-Hamdulillah ok je, tak sakitpun. Mama yang diambil darah dulu, diikuti Along, saya, Ahmad dan akhir sekali Athia. Papa terpaksa meriba Athia, kerana dia takut. Kebanyakan staff disitu datang dari Philipina. Doha dipenuhi oleh masyarakat berbilang bangsa, India, Philipina, Jepun, Bangladesh, Sri Langka, Sudan, Pakistan, Indonesia, dan berbagai negara lagi. Bahasa utama di sini ialah English selain daripada bahasa arab.
Kami juga telah berkunjung ke tempat-tempat lain yang sememangnya menarik seperti ke Souk, Corniche, Villagio dan lain-lain lagi tempat menarik yang saya sendiri tak tahu nama. Di sini saya sertakan gambar-gambar menarik di sekitar Doha.

